KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Rambut Tersepit Di Pintu Kereta Api. Sangka Hanya Masalah Kecil. Wanita Ini TERKEJUT Bila Pekerja Kereta Api Beritahu Yang…


Seorang wanita mengalami perjalanan tidak selesa lebih daripada biasa semasa menaiki kereta api baru-baru ini selepas rambutnya tersepit di pintu kereta api bawah tanah. Semasa waktu puncak di Metro Guangzhou semalam, wanita itu bergegas masuk ke dalam kereta api yang penuh dengan penumpang walaubagaimanapun rambutnya tersepit apabila pintu kereta api itu ditutup.

Dia yang  menyangka yang masalahnya akan selesai apabila kereta api sampai di perhentian seterusnya terkejut apabila pintu yang dibuka untuk penumpang keluar bukanlah pintu yang menyepit rambutnya itu bahkan pintu di sisi lain.

Guangdong News melaporkan bahawa pekerja metro segera memberi bantuan tetapi malangnya dia dimaklumkan oleh pekerja berkenaan disebabkan oleh faktor keselamatan mereka tidak boleh mengubah operasi normal kereta api bawah tanah ini dengan membuka pintu tersebut. Mereka mencadangkan agar rambutnya digunting.

Walau bagaimanapun, wanita itu menolak cadangan ini, memutuskan untuk duduk di situ selama enam perhentian sehingga sampai di perhentian akhir di mana pengendali akhirnya membuka pintu. Pujian kepada wanita itu yang tetap tenang dan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

wanita itu bernasib baik kerana hanya rambutnya yang tersepit di pintu semasa memasuki kereta api metro, bukannya semasa keluar. Awal minggu ini, video yang tersebar di laman media sosial China menunjukkan seorang lelaki berjalan bersama-sama kereta api di stesen kereta api Jiangsu selepas bagaimana tiba-tiba jarinya tersepit di pintu.

Sumber:-Shanghaiist

loading...

0 Response to "Rambut Tersepit Di Pintu Kereta Api. Sangka Hanya Masalah Kecil. Wanita Ini TERKEJUT Bila Pekerja Kereta Api Beritahu Yang…"

Post a Comment