KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Pada Mulanya Rakan-Rakan Hanya Ingin Meraikan Ulang Tahun Kelahiran Wanita Ini Tetapi Tidak Sangka Ia Membawa Kepada Kematian

Merayakan ulang tahun kelahiran dengan mengenakan rakan seakan-akan menjadi satu trend anak muda zaman sekarang. “Birthday boy” dan “birthday girl” dikerjakan seteruk-teruknya oleh rakan baik sebelum dikejutkan dengan majlis sambutan hari jadi.

Itulah yang selalu berlaku pada anak muda sekarang. Namun, tindakan itu walaupun dilihat sebagai suka-suka tetapi ada juga kesan buruknya kepada mangsa yang “dikerjakan”.

Satu kematian telah berlaku di Indonesia akibat daripada rakan-rakan yang meraikan ulang tahun kelahiran seorang wanita dengan “suprise” begini.

Sandy(21) adalah korban dari perbuatan gila rakan-rakannya. Isnin 26 September tahun lalu adalah hari ulang tahunnya. Sandy merupakan seorang warga Lengkong Wetan Kecamatan Serpong, Kota Tangerang Selatan (Tangsel), pekerja sebuah tempat futsal di Tangsel mendapat “surprise” dari rakan-rakannya.

Dia diikat di sebuah tiang elektrik di kawasan tempat kerjanya. Rakan-rakannya meraikan hari lahir Sandy dengan menyiraminya dengan air. Tak disangka, Sandy tiba-tiba kejang. Sempat dibawa ke Hospital Eka Bumi Serpong Damai (BSD) namun nyawanya tak dapat diselamatkan.

Sebab kematiannya adalah unsur kelalaian. Ada kabel elektrik yang tidak stabil pada tiang elektrik tersebut yang terkena pisau pemotong rumput. Petugas futsal lain sempat mematikan panel elektrik tapi arus elektrik yang masuk telah dan tidak mampu menahan ketahanan tubuh Sandy. Akhirnya Sandy meninggal dunia.

Ahli sosiologi dari Universiti Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Musni Umar menyebut bahawa masyarakat mesti mengambil pengajaran dari kejadian ini. Pelbagai pihak bermula dari ibu bapa di rumah, guru di sekolah, mahupun kerajaan dan semua pihak mesti turut sama mengambil bahagian dalam mengawal kehidupan seharian generasi muda.

“Mungkin itu suatu bentuk penghormatan kepada yang sedang ulang tahun. Tapi tanpa disedari menimbulkan bencana.


loading...

0 Response to "Pada Mulanya Rakan-Rakan Hanya Ingin Meraikan Ulang Tahun Kelahiran Wanita Ini Tetapi Tidak Sangka Ia Membawa Kepada Kematian"

Post a Comment